Tuesday, January 25, 2011

Trilogi Cinta

Pic credit to Alaf 21

Suke sgt2 tgk cite ni!!! Drama Trilogi Cinta adalah sebuah drama yg diadaptasi dr 3 buah novel Sharifah Abu Salem...Tak Seindah mimpi, Tak semanis Impian & Tiada Lagi Mimpi. Dulu time sekolah suke sgt baca novel2 cinta ni...nak2 kalo hasil karya Sharifah Abu Salem. Boleh sampai mengalir air mata la.

Kebetulan terbuka tv 1 pd hari pertama cite ni ditayangkan. So, sampai skrg lah akan terus mengikuti episod2 seterusnye. Cite ni start pd 2 Jan 2011 aritu d tv 1 dan ditayangkan pd setiap ari ahad - selasa jam 10mlm.


Sinopsisnya:

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? - credit to Budiey

Pelakon2nye:
Rosyam Noor, Fouziah Gous, Amyza Aznan, Siti Fazurina, Aida Khalida, Raisuddin Hamzah dan Roslan Salleh

"Salah di mata kalau tak nampak....
Salah tafsiran kalau tak dinilai...."



Friday, January 21, 2011

Khurafat Memang Seram!!!



Rabu mlm tu we all bertiga pegi tgk cite Khurafat ni kat TGV Wangsa Walk Mall. Isnin tu awal2 dah beli tiket online sbb takut seat abis..hehehe...
Huhhhh...mmg seram ar cite ni. Kite xleh budget bila hantu tu nak kuar...& sape penyebabnye sbnrnye. Hazim yg suke tgk cite hantu pun....jd takut.Asyik duk peluk ayah dia je...amik tangan ayah dia tutup muka dia. pastu duk intai2 di celah2 jari ayahnye...Selalu dia yg suke gile tgk cite hantu2 ni. Cite hantu/pocong indon pun dia berani tgk. Tapi bila tgk cite khurafat ni..dia leh ajak balik. Skt gak ar dada tgk cite ni...sbb asyik terkejut2 je.Tapi mmg best!!!!Sampai ramai yg xabis popcorn...termasuk kite org sbb asyik duk terjerit je..
Tapi liyana jasmay tu cam xsesuai ar jd wife Syamsul.Sbb nampak muda sgt.Pe pun i bg 9 bintang utk Khurafat ni. Sape yg lom pegi tgk...baik pegi tgk. Xrugi pun tgk filem ni..Mmg best...mmg seram!! Congrats Syamsul!!!




Thursday, January 13, 2011

Pap Smear

Sudahkah anda melakukan Ujian Pap Smear??

Adoiii.....hati ni berbelah bagi. Adakah ingin serah diri utk melakukannya.Belum buat... dah rasa sakit bila tgk alat utk wat ujian pap smear ni...

Speculum

Ye....saya adalah seorang yg penakut.cuba membayangkan benda alah ni nak msk kat tuttt...adoiilah....

Sebenarnye ujian pap smear ni kena lakukan waktu pas bersalin kan hazim dulu...tapi xpegi2 lagi. Skrg hazim dh nak msk 4thn. Dan dh 4 thn jg i xpeknen2. Jd ramai yg suggest suh wat check up & pap smear ni...tapi hati ni sgtlah takut...huhuhu....


Sedikit info pasal pap smear....



Apa itu Ujian lumuran Pap?
Ujian lumuran Pap merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Pap smear bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan serviks pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain.CIN tidak memberikan sebarang simptom dan hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear


Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan?
Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.

Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi?
Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser. Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.

Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil?
Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.

Di Manakah Ujian PAP Smear Boleh Didapati?
Ujian ini boleh didapati di:
Pusat Kesihatan Kerajaan
Klinik Perancang Keluarga
Hospital/Klinik Swasta


Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?
Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
Berapa Kerapkali Ujian Ujian PAP Smear Harus Dilakukan?
Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan sekurang-kirangnya 2 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?
Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.



Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Tabiat seks: memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).
Agen jangkitan: terdapat bukti yang mengkaitkan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) dengan jangkitan virus Human Papilloma.
· Tidak menjaga kebersihan diri.
· Menghisap tembakau.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Apa yang harus dilakukan ketika menghadapi kanser?
- Berfikiran positif.
- Amalan cara hidup sihat seperti mengamalkan senaman selalu dan makan diet yang seimbang.
- Ikuti jadual perubatan secara teratur dan patuhi arahan doktor.
- Bertawakkal dan memohon kepada tuhan. Sesungguhnya segala terjadi ada hikmahnya.





Percutian d Awal Tahun 2011...

Arini br ada masa nak wat 1st entry utk 2011...Huhuhu... 8hb aritu we all 1 family telah bercuti ke Permaisuri Resort Port Dickson.Dkt je...saje lama xbw hazim mandi manda...Apartment pun dah booking awal2 pd November aritu. Sbb apartment ni booking under BPH..my sis kan keje gomen. So,dpt le rate rm115,kalo x..ratenye Rm450. Apartment ni ada 3 bilik.





Sampai2 je...harus mkn dulu.Perut masing2 dah berbunyi.pastu biasalah kalo berjln dgn mak. Harus di msknye pelbagai.Sbb nanti kalo xmsk..ssh nak cr mknan yg kena dgn tekak..huhuhu... xsempat amik gbr mknan sbb semua dh kelaparan..mak msk kari ikan,rendang daging,sayur campur,bihun grg....i plak wat sambal sardin jee..:-P my sis plak wat kaya ball....

Pas mkn, rest jap..solat...then br ar turun ke swimming pool...sbb si kecik ni dah xsabar2...sampai naik benda alah ni dlm bilik..adoiii laaaa...

Mlmnye plak...we all wat BBQ...best ar gak tpt ni...sbb dorang sediakan gazebo utk wat BBQ nii d tepian pantai..siap ada suis lampu & plug lagi. We all just bw arang & lauk2 utk d bakar saje. Time ni..ada plak Pulapol Muar wat family day n dinner tepi pantai..So, we all tumpang je lah dgr band dorang nyanyi..hehehe...





Wednesday, November 3, 2010

Dinner @ Fiske Steak House

Semlm xde mood nk msk.... + penat. So, we all try mkn kat Fiske Steak House ni.Hari2 lalu dpn kedai ni...tgk org sentiasa ramai. Kedai ni dekat Keramat je. Boleh duduk free air atau aircond. Sedap la jg mknan kat sini...harga pun berpatutan. Portionnye pun bsr...xabis we all mkn sbb kenyang sgt2...

Ni i punya...mocha ice blended RM 4.90

Hazim punye Favourite ..Tembikai RM 3

French Fries RM 3

Hazim order Spaghetti Chicken Creamy RM 6.90

I order Chicken Chop Special (Grill) RM 14
Sedap tauuu...chicken chop dia ada 4 jenis...
yg "special" punye siap ada spaghetti bwh chicken tu...

Mr hubby order Set Asam Pedas Melaka RM 10
Asam pedas ni set dia termasuk air sirap selasih...
ada beberape jenis ikan. Mr hubby amik ikan pari...
asam pedas ni pun sedap...pekat & pedas sgt2....
i rasa skit je...sbb perut baru pulih dr gastric kan... :-(






Tuesday, November 2, 2010

Celebrating Hubby's Birthday @ Jeram

Tanggal 23 oktober aritu birthday mr hubby...xtau nak celebrate kat mana...tekak ni teringin sgt nak mkn seafood (org lain punye birthday, org lain yg teragak..hehehehe)....
Oh yeee....we all mmg suke sgt mkn seafood..Nak g Melaka jauh la sgt...google2 internet terus search pasal Jeram...pastu google plak map ke sana..So, apelagi....setelah di booking jumaat ptg tu...sabtu tu kami bertolak dr KL kul 4.30...sampai sana kul 6. Pegi amik masa 1 jam 1/2..balik 1 jam je..Maybe dh tau jln..hehehe...Sesape yg nak ke sana..silalah call dulu...sbb nanti xde tempat ye...Sbb search kat internet ramai yg bgtau kalo pas maghrib tu ssh nak dpt tpt...Ni sampai kul 6 pun byk table yg tlh reserved....Korang jgn risau...kat sini disediakan surau & toilet yg bersih & selesa.... :-)

Kat Jeram ni ada beberapa Restoran....n we all memilih Restoran Aroma Ikan Bakar....

Memula.....haruslah tgk lauk2 dulu kan....





Pastu...sementara tunggu makanan semua msk..kite kena ar possing2 dulu.. :-P time ni dlm kul 6 lbh dah.....





Ni lah dia makanan yg we all order....

Sotong Goreng Tepung...
sedap tau...garing & lembut...sbb penah mkn kat klang,sotongnye liat...

Butter Prawn (terlalu garing laaa....)

Ikan Gerut Bakar...
minta bakar yg bersambal...tapi dpt yg bakar biasa...
org tu xdgr kot...dh lapar..mkn je lah...

Ikan Pari Bakar
air asam ikan bkr ni sgt pedas & sedap
pencicah ikan bkr ni ada 2...1 kicap cili api...1 air asam...

Ikan Siakap Stim 3 rasa
sedap jg!!!

Ketam Black Papper

Kerang Bakar

Tomyam Sayur
tapi ada gak lauk2 d dlmnye...
Pedas & pekat...sedap2....

Sup Cendawan
For Hazim & Awish

Selepas mkn...barulah acara memotong kek...so,xyah le order dessert..just order air panas...hehehe

Birthday cake ni i suh my sis buatkan
1st time dia buat ni sbb i teragak nak kek choc moist lth fresh strawberry....hehehe...
(org lain yg punye birthday...org lain yg teragak..huhuhu)

3 of us
(ni Hazim plak yg prasan birthday dia....
isshhh....anak & ibu sama jeee...huhuhuhu)

Happy Birthday sayang!!!
Love u so much.....

me,hubby,mum & sis

wif my sis

wif my cousin

Pd pendpat i....kat sini lagi sedap & murah dr Bagan Lalang & Tanjung Harapan Klang. Tetapi...Parameswara d Umbai tetap no 1 d hati...hehehehe....Kalo tetiba teragak nk mkn seafood bleh la ke Jeram..Melaka tu jauh sgt laaaa...

Nak tau we all order ape & berape yg kena???? Ok...utk mkn 7 dewasa & 2 kanak...

Nasi putih semangkuk + lagi semangkuk - besar
Air Apple Asam Boi - Jug besar
Air Tembikai - Jug besar
Nescafe o panas 1
Teh o limau panas 2
Butter Prawn - 10 ekor yg bsr skali
Sotong Goreng Tepung - 5 ekor bsr2
Ketam Black Papper - 4 ekor
Tomyam Sayur - 2 mangkuk
Siakap Stim 3 rasa
Pari Bakar
Gerut Bakar
Kerang Bakar
Sup Cedawan
Total: RM 247
(^___^)


Sgt sedap & kenyang...pg ahad tu sampai xbekfes...sbb kenyang lagii....hehehe......nanti akan kesini lagi...