Saya dah malas nak stress2..org tanye senyum je. At least saya bersyukur..sekurang2 nye saya ada jg seorang zuriat...dr insan lain yg dah kawin lama tapi masih belum ada rezeki lagi...Itulah kekuatan saya skrg...BERSYUKUR d sampaing terus berusaha & berdoa... (^___^)
Friday, July 1, 2011
Julai...
Saya dah malas nak stress2..org tanye senyum je. At least saya bersyukur..sekurang2 nye saya ada jg seorang zuriat...dr insan lain yg dah kawin lama tapi masih belum ada rezeki lagi...Itulah kekuatan saya skrg...BERSYUKUR d sampaing terus berusaha & berdoa... (^___^)
Thursday, June 23, 2011
Cameron Highland
Tgk je ar pic...sbb darft ni dh terlalu lama...dh lupa pe nk cite.sibuk sgt Mei & Jun nii...haiihhhh...
Tuesday, May 3, 2011
Photoshoot @ Putrajaya
Thanks a lot to dila,qila & ewan... :-D
Happy 6th Anniversary For Me & Him
Hadiah perkahwinan kali ni???
Hhmmmm...we all xdpt celebrate cam biasa pd 30hb tu...sbb 29hb tu, i terpaksa amik EL balik kg ziarah nenek skt. Mr hubby terpaksa tinggal semlm coz dia byk keje kat ofis. Sampai je umah mlm tu, tgk2 ada flowers atas katil...hehehehe...bkn i je tersenyum,dgn hazim2 pun tersenyum..(bdk kecik tu gatal skit..hehehe)
Kat sini nak share beberape tip rumahtangga dr Mingguan Wanita:
1) Sempatkan diri anda menyapa suami ketika anda atau dia mahu ke pejabat atau hubunginya melalui telefon di pejabatnya dan katakan bahawa anda akan merinduinya sepanjang hari itu. Ciuman kasih juga boleh diberikan kepada suami sebelum dia melangkah ke tempat kerja.
2) Ungkapkan rasa cinta anda dengan pelbagai cara unik. Misalnya, kirimkan pesan cinta singkat melalui SMS di telefon bimbit atau emelnya. Atau, selitkan pesanan “Selamat makan, sayang” dalam bekalan makanan tengaharinya jika anda membekalkan makanan tengahari dari rumah untuk suami.
3) Sesekali, buat janji makan tengahari bersamanya secara spontan. Ajak dia ke restoran tempat pertama kali anda makan berdua ketika bercinta dahulu (kalau tempat itu masih di daerah tempat anda tinggal sekarang).
4) Biarkan dia membantu pekerjaan anda. Jangan lupa ucapkan terima kasih setelah itu, lalu pujilah usahanya membantu anda.
5) Sesekali ajak dia menonton wayang di pawagam. Biarkan dia yang menentukan filem apa yang mahu ditonton. Memberi pujian dengan mengatakan bahawa dia pun sehebat hero dalam filem itu. Sebutkan beberapa kebaikannya yang membuat anda sangat menyintai dan menyayanginya, walaupun mungkin wajahnya tidak sekacak hero dalam filem yang anda tonton itu.
6) Jika dia merancang mahu menonton siaran langsung sukan kegemarannya di kaca TV pada tengah malam, sediakan makanan ringan kesukaannya. Esok pagi, tanyakan berapa gol atau skor yang diperoleh oleh pasukan kesukaan. Biar suami menyedari sikap prihatin anda terhadapnya atau sekurang-kurangnya dia dapat merasakan betapa anda begitu menghargainya.
7) Tidak perlu menunggu hari ulang tahunnya untuk memberikan hadiah. Berikan kejutan berupa hadiah-hadiah kecil seperti aksesori kereta, tali leher atau kaset penyanyi atau group band kegemarannya.
8) Tertawalah ketika mendengar gurauannya, atau menyanyilah bersamanya biarpun suaranya terdengar sumbang.
9) Berusahalah bergaul dengan para sahabatnya. Anggap dia seperti teman anda sendiri. Jika mereka menceritakan kisah nostalgia masa lalu, dengarkan bersungguh-sungguh, meskipun anda sudah mendengar cerita-cerita itu.
10) Simpan gambarnya di dompet anda.
Hehehe..semua di atas telah kami lakukan..cuma yg no 10 je xde..coz memasing simpan gbr dlm hp.. :-D
Semoga kebahagian perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat.....& semoga Allah akan makbulkan doa kami utk memberikan hazim adik...amin....
Tuesday, April 19, 2011
Dino Alive!!! @ PSN
Dari bln ke bln nak bw Hazim ke PSN ni. Tapi ada je hal nye bila weekends. Bila search kat internet pasal PSN ni...terus terjumpa pasal Dino Alive ni . Pameran dinosour ni start dr Disember hingga 30 Mei nanti. Tiket msk utk dewasa RM10 & kanak2 4 thn ke atas RM5.
Pas beli tiket, kena lalu kat aquarium dulu...aquarium ni cam terowong tapi pendek je. Ikan dia bsr2...Hazim ok je tgk..."fish...fish.." tapi Awish plak takut....dlm stroller pun dia xnak duduk..sbb tgk ikan bsr2 tu sampai kat atas kepala..ekekekeke....
Dah msk kereta terus tanye hazim dia nak lunch ape...dia ckp nk nasi ayamas...So,kite org pun menuju ke Mid Valley utk lunch & acara wajib kalo ke MV ni...haruslah naik sport car ni 3,4 round.Pastu terus gerak balik...msk je kereta...dua2 dh terlena.....penat sgt gaknye berjln. Singgah cheras jap sbb nak hantar Awish balik. Tapi masa tgh lunch tu hazim dh pesan,nak bw balik Awish...jgn hantar balik sbb dia nak adik...huhhh...sesuka ati je.... anak org ni nak oiiiii.....dh pinjam kena ar pulangkan balik.Lain kali kite pinjam lagi yee... :-)
Friday, March 4, 2011
Warna Mengikut Hari
Isnin
Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pine dan Kelenjar Pitutary. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.
ika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalam.
Rabu
Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.
Hari Selasa - Warna Pink / Violet : Kasih sayang / tumpuan
Hari Rabu - Warna Biru : Perhubungan / komunikasi
Hari Khamis - Warna Kuning /Oren : Pemikiran / tenaga
Hari Jumaat - Warna Hijau : Keseimbangan / iman
Hari Sabtu - Warna Merah : Keberanian / tuah / kemewahan
Hari Ahad - Warna Hitam : Gabungan / istirehat / pertahanan
Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.
** Hari ni hari Jumaat...saya memakai warna hijau. Sok kena g shopping laa sbb br perasan saya xde baju kuning & putih... :-P