Tuesday, March 24, 2009

MY COUSIN WEEDING

Huhh..lama tul xupdate blog ni. Dah ler last weeks bz gile pastu tetiba last wednesday pc ni problem xleh start. Keje tgh melambak..dia wat hal plak. So, my boss p antar repair cpu ni kat acer,baru arini siap.

Hah...cam byk je nak cite ek. xde cite menarik pun.Just nak share cite & pic masa kawin cousin i aritu.Start dr 13hb majlis akad nikah,pastu 14hb sbelah ppuan kat semenyih..and 15hb plak belah cousin i kat cheras.huhhh..letih gile...3 ari berturut2.Dah 2 minggu lepas..baru dpt update.Pengantin nye pun dah balik dr honeymoon dah..hihihi...

Nie,time akad nikah.huhh..time ni hazim leh wat prangai lak...nak bergurau senda.tergelak2. siap tok kadi tu siap sound minta jg anak masing2 supaya senyap..huhhhhhhh..sabar jelah...i try tutup mulut dia.dia still nak gelak2..nyanyi2..last2 sblum penagntin tu asyik kena ulang je akad nikah..baik i bgn bawa hazim keluar dr umah..duk kat luar.

Mlmnye plak..ada majlis berinai...ni pic kami sekeluarga dr sbelah pengantin lelaki.

Tu diaaa....rombongan cik kiah ..hihihi..Time ni panas giler.i x join pun dorang berarak.Xkuasa makk...dah le pkai baju hitam (xmengikut tema color oren) pastu nak berarak tgh panas terik. i duk kat tepi jee... hihihi..


My family pic..hihihi...ayah hazim je xde..cicir kat luar.bleh plak bg reason malas nak masuk sbb kena buka kasut...

Ni kat umah cousin i...tema merah plak.






Thursday, March 5, 2009

BEADINGS...

I bnrnye minat sgt jahit manik..(jahit baju xminat yee..hihihi) and bkn nak wat business pun..tapi bila org minta tolong, i jahitkan lah...tapi xde ar pandai mana..sbb xgi mana2 class pun..just blajar sendiri..

ni adalah baju 1st customer...pn yati...my mum friend...

ni baju my cousin...nak pkai this week..so,sampai kul 3.30pg ar i jahit last friday

ni plak baju my cousin daughter ..dia suh jahit kat kaki baju je...sbb kalo jahit kat lengan...takut
anaknye menggaru2 dimuka...hihihi...



OUR LAST WEEKEND ACTIVITY...

Saturday morning tuu...we all kuar umah kul 10pg..pas antar hubby ke ofis....i & hazim terus ke umah my mum coz tgh ari tu ada wedding kat sana.Balik dr wedding tu dlm kul 2.30..terus siap2 tukar baju nak jemput hubby plak kat ofis sbb member ofis dia ada wat besday party anaknya kul 3 kat Ampang. Ofis hubby kat klcc..so, my sis kebetulan nak g shopping kat klcc...pun tumpang ar skali.Pas drop kan my sis...amik hubby...drop kan plak my mum kat jakel. My mum nak cari kain & tudung. Pastu barulah we all trus ke Ampang. On the way tu hazim terlena sampailah kat umah besday party tu. Time ni xbawa cam so xdelah pic wedding & besday party. Pas balik dr besday party tu ingatkan nak ke sogo & pertama. Sbb i nak cari brg & hubby nak amik seluar yg ditempah aritu...tapi xjd sbb call my mum dia kata kat sana dah ujan. Pastu call plak my sis kat klcc tanye best x isetan sales...dia ckp ok gak lah.Apalagi..terus we all decide ke klcc.Sbb nak cari brg yg dijanjikan...... taraaaaaaaa........akhirnyeeee....



Aritu hubby promise nak belikan handbag elle ni sbb dia slalu bising kalo gi majlis kenduri kawin asyik pkai handbag guess tu jee.1st time tgk aritu kat Jusco bkt tinggi...masa tu just jln2 kat sana...bila dia terpandang handbag ni terus dia berkenan.Pastu bila balik kl..cari kat JJ lain xde..kat sogo pun dah abis tinggal black color je. Skali kat isetan ni ada less 30%. Oklah kan..sbb kat JJ & sogo less 20% jee..hihihi...thanks my dear...loveee u very muchhhh..wlaupun bkn brand2 yg mahal gilosss spt LV,Coach....(mengukur baju di badan sendiri yeee..kite kena berbelanja mengikut kemampuan..lagipun mmg dr sblum kawin dulu...i minat brand elle & guess) Pastu tgk2 kat bhgn perfume plak sbb perfume hubby dah abis...Sbnrnye we all pkai perfume Issey Miyake..tapi disbbkan Davidoff ada offer...so, why not try...lagipun dulu dah penah pkai..

Davidoff cool water EDT 200ml limited eddition (worth: woman RM520 & Men RM 408....)bygkan i dpt rm295 each...hihihihi...sgt suke okey wlaupun perfume i kat umah ada lagi tapi tergoda gak dgn prometer auuuwwwww ituuuu..hihihi...

Dlm kul 7 lbh ,we all terus gerak sbb nak ke umah MIL kat kepong plak...Pastu lepak2 jap kat sana..dlm kul 11 baru lah sampai umah...huhhh...sungguh penat 1 ari niii..

Sunday tu plak patutnye ada 2 majlis wedding..tapi i xlarat dgn nak siapkan beadings baju my cousin lagi..So, terus decide gi wedding member sekolah i je kat pandan jaya...

Slmt pengantin baru buat wan & ewin..(dua2 ni member sekolah i...rasanye dah nak abis form 5 baru dorang rapat & terus bercinta...)

hampir 10thn meninggalkan alam persekolahan...tetap dpt berkumpul gak member2 bila ada majlis2 begini.... :-)

Lastly...my family pic..hihihihi..
(ssh tul skrg ni nak ajak hazim amik pic..heemmmm)






Tuesday, March 3, 2009

Shicida Methods - Jadikan Anak Anda Pandai

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” .

Sori ye sayangg...ibu slalu mrh2 hazim..kerenah hazim kekadang menguji tul kesabaran ibu .....Walau apa pun,ibu nak hazim tauuu ibu terlalu sayangggggggkan hazim... muaahhh....

*Artikel ni copy paste dr http://www.iluvislam.com